Alhamdulillah pada 8 Jun 2011 telah berlangsung Universiti Festival di UiTM Segamat Johor, dimana telah menghimpunkan kelab & persatuan di UiTM Johor untuk mempromosikan kelab & persatuan mereka. Kelab Dinamis juga tidak ketinggalan dalam mengikuti aktiviti tersebut. Walaupun terdapat ramai persaingan kelab-kelab di UiTM Segamat ini, kelab Dinamis sedikit pun tidak gentar untuk terus mempromosikan kelab kami. Sepa
Friday, 24 June 2011
UniFest
Alhamdulillah pada 8 Jun 2011 telah berlangsung Universiti Festival di UiTM Segamat Johor, dimana telah menghimpunkan kelab & persatuan di UiTM Johor untuk mempromosikan kelab & persatuan mereka. Kelab Dinamis juga tidak ketinggalan dalam mengikuti aktiviti tersebut. Walaupun terdapat ramai persaingan kelab-kelab di UiTM Segamat ini, kelab Dinamis sedikit pun tidak gentar untuk terus mempromosikan kelab kami. Sepa
Sunday, 27 February 2011
Tanyalah Ustazah!!!!
Pada 25/Feb/2011 yg lepas Kelab Dinamis telah mengadakan satu program 'Tanyalah Ustazah' yang bertempat di Surau SMK UiTM Johor, pada pukul 12.30 hari- 2.00 petang. Aktiviti ini dianjurkan bagi membantu para pelajar untuk mendalami hal ehwal agama islam dengan bertanyakan sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan Fekah, aqidah atau apa-apa sahaja yang berkaitan tentang islam. Penceramah undangan bagi sesi pertama Tanyalah Ustazah ialah Ustazah norizan. Program yang diadakan selama 1 jam setengah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar kolej tetapi juga terdapat segelintir pelajar NR yang mengikuti program tersebut.
Intipati yang disampaikan dalam ceramah tersebut ialah:-
'Asas Perhubungan manusia sesama manusia'
1) Memberi Salam
> Apabila bertemu dengan saudara kita (saudara seagama) haruslah kita bertegur sapa dan mengucapkan salam kerana salam adalah doa yang dapat mengeratkan tali silaturrahim kita sesame manusia.
>Dalam Surah An Nisa’ ayat 86 “Apabila kamu member salam hendaklah dengan cara yang baik”.
2) Wujudkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain
>Kasih sayang dan kemesraan yang dipamerkan itu haruslah berpada-pada, dan tidak melebihi batas serta tidak menimbulkan syak wasangka.
3) Tidak menyakiti saudaranya dengan percakapan mahupun perbuatan
>Sentiasa berprasangka baik dan berfikiran positif
>Tidak mengumpat atau mengambil hak orang lain
4) Tunjukkan sikap manis muka, gembira dan berlemah lembut
>Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah
5) Merendah diri
>Tidak bersikap sombong dan bangga diri
>“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong sekalipun hanya sebesar debu.” Seorang sahabat bertanya, “Sesungguhnya ada seeorang yang suka pakaian dan kasutnya yang cantik.” Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya ALLAH SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu menolak yang hak dan menghina orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]
6) Memenuhi janji
>Jika berjanji wajib menepati janji tersebut selagi tidak bertentangan dengan syarak.
7) Melapangkan kesusahan saudara kita
>Selalu meringankan tulang untuk saling bantu membantu antara satu sama lain
>"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan
kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).
8) Tutup aib saudara kita
>Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda, msudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya d akhirat."
9) Menjaga kehormatan saudara kita
>Tidak menjatuhkan maruah saudara kita dikhalayak ramai
10) Tidak berhasad dengki
>Ditegah untuk memutuskan tali persaudaraan
>Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari, ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
>Permusuhan akan meruntuhkanpersaudraan umat islam dan akan berlaku perpecahan
Setelah selesai ceramah yang diberikan semua pelajar telah solat zohor berjemaah. Kupon dan makanan juga diberikan. Program ini akan dianjurkan lagi pada 25 March 2011, Insyaallah...
Dan anda semua adalah dijemput hadir...
Saturday, 19 February 2011
Kami maSeh diSiNi
Assalamualaikum...
Ahlan wa sahlan ya marhaban bikum..
Wah, lame rase nyer da x update blog nie dinamis nie. Erm mesti anda tertanya-tanya masih wujud kah Dinamis UiTM nie. Ha!! ape2 pun kami disini masih lagi aktif sebagai salah satu kelab islamik di UiTM Segamat nie.
Baru2 nie Kelab Dinamis telah mengadakan AGM Dinamis pada 25 Jan 2011 yang lepas bertempat di SL 004. Pada malam tersebut Kelab Dinamis telah mendapat sambutan hangat dari student2 UiTM dengan pendaftaran ahli2 baru Dinamis yang melebihi 40 orang ahli. Ini telah manaikkan semula semangat exco2 Dinamis yang merasakan kelab ini kian berkubur dibawah kepimpinan mereka. Ah tidak sama sekali, sesungguhnya ia tidak mematahkan semangat kami & kami akan bangkit untuk menaikkan semula nama Kelab Dinamis sebagai salah satu kelab kerohanian terunggul di UiTM Segamat.
Pada semesta ini Kelab Dinamis telah merancang beberapa aktiviti bagi memperkenalkan semula Kelab ini kepada student2 di UiTM Segamat nie. Antara aktiviti yang telah kami rancang ialah Kem Belia Addin, Sesi soal jawab agama bersama ustazah, Mitex dan jualan makanan dari kolej ke kolej. Tetapi kami hanya merancang hanya Allah yang menentukan berjaya atau tidak apa yang rancangkan ini. Kami juga telah membuat beberapa pemilihan ahli-ahli baru bagi menjadi pelapis kami dimasa akan datang.
Walau bagaimanapun sejak beberapa semesta kebelakangn ini, kami byk menerima maklum balas dari warga UiTM. Antara soalan yang diajukan kepada kami ialah:-
'Kelab Dinamis nie kelab aper erk?'
'Dinamis ni kelab wanita di UiTM yer?'
'Kelab Dinamis ini baru ditubuhkan ker?'
Hai bermacam-macam perasaan yang kami rasai pada masa tersebut.
Sebenar Kelab Dinamis ini merupakan sebuah Kelab yang berunsurkan kerohaniaan. Perkataan Dinamis lahir dari gabungan 'Dinamika Mahasiswa Islam'. Kelab kami ingin menjadikan islam sebagai asas hidup pelajar2 UiTM. Kelab ini juga telah lama ditubuhkan dan pernah menjadi kelab yang paling banyak mendapat sambutan dari pelajar2 UiTM pada masa tersebut. Kami pernah menganjurkan program Malam alunan nasyid bersama kump Nowseeheart, senior2 UiTM mesti ingat kot. Kelab ini juga bukanlah kelab gabungan pelajar2 perempuan sahaja. Dinamis juga mempunyai wakil pelajar lelaki dalam organisasi tertinggi kelab ini. Seperti yang anda maklum Presiden kelab kami juga adalah lelaki yer.
Baiklah sampai disini sajer coretan sayer pada kali ini. Jgn lupe sertai aktiviti yang kami anjurkan.Moga berjumpa lagi, maa salamah.
Jgn lupe renung2kan aper yg coretkan pada hari ini dan selamat beramal...
Saturday, 10 July 2010
JUALAN UNTUK MITEK
Tarikh dan Lokasi : MINGGU MITEK DI DATARAN SRI BENDAHARA, UiTM JOHOR.
Nama Penganjur : JPK KOLEJ
Tarikh Laporan Disediakan : 15 MEI 2010
LAPORAN EKSEKUTIF
PENGENALAN
~ Menyokong karnival MITEK (memeriahkan lagi suasana).
~ Menimba pengalaman disamping menambah sumber kewangan kami.
~ Mencapai Al-Falah seperti galakan dalam Islam.
LATAR BELAKANG
~ Dijalankan di salah satu gerai yang disediakan oleh penganjur MITEK.
~ Menjual pelbagai jenis buah-buahan, makanan ringan dan air dengan harga yang berpatutan.
~ Bekerjasama dalam menguruskan gerai, iaitu giliran dalam menjaga gerai dan menjaga kebersihan gerai.
HURAIAN PENILAIAN
~ Kami telah menjalankan jualan selama 5 hari dengan jayanya.
~ Jualan kami habis dan mendapat sedikit untung.
PENCAPAIAN AKTIVITI
~ Merapatkan hubungan sesama kami selain mendapat menambah sumber kewangan kami walaupun sedikit kepenatan.
KEMAJUAN DAN MASALAH
~ Menambah pengalaman disamping sumber kewangan KELAB DINAMIS.
~ Waktu jualan yang kadang kala bersangkut dengan kelas serta test.
CADANGAN
~ Mempelbagaikan produk jualan.
~ Mengenakan yuran yang rendah untuk kelab yang menjalankan jualan.
LAPORAN KEWANGAN
~ akan diberitahu kemudian.
PENUTUP
~ Jutaan ucapan terima kasih diucapkan bagi semua yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan jualan ini dengan jayanya.
SYUKRAN JAZILAN..
AGM DINAMIS
Tarikh dan lokasi : 10 Februari 2010 di SL203
Nama penganjur : Kelab Dinamis
Tarikh laporan disediakan: 13 Februari 2010
Laporan Eksekutif
1.0 Pengenalan
~ Memperkenalkan Dinamis kepada ahli-ahli baru
~ Merapatkan ukhuwah bersama sahabat-sahabat dinamis
~ Memberitahu program-program yang akan dijalankan sepanjang semester tersebut
2.0 Latar Belakang
~ Aktiviti ini dijalankan pada 10 Februari di SL203
~ Seramai 30 orang ahli baru dan lama yang hadir dalam aktiviti tersebut
~ Matlamat kami ialah untuk memperkenalkan Dinamis kepada ahli-ahli baru dan juga untuk menarik minat mereka mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan Dinamis
3.0 Huraian Penilaian
~ kesemua ahli menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan
4.0 Pencapaian Aktiviti
~ Dapat menambah bilangan ahli-ahli Dinamis
5.0 Kemajuan / Masalah
~ Dapat menyampaikan maklumat yang jelas tentang Dinamis kepada ahli-ahli yang hadir
6.0 Cadangan
~ Melakukan pelbagai aktiviti yang menarik ketika AGM dilaksanakan
7.0 Penutup
~ Jutaan terima kasih kepada exco-exco yang terlibat dalam menjayakan program AGM ini
Saturday, 27 March 2010
Persediaan bergelar mahasiswa
- Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar.
- Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus.
- Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris.
- Mesti mempersiapkan diri lima tahun akan datang bermula dari semester pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
- bersikap holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani,emosi,rohani,dan intelectual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk dibilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.
- Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading.
Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading
- matlamat yang jelas
- cemerlang akademik
- cemerlang sahsiah
- cemerlang keterampilan diri
- komunikasi
- kepimpinan
- pemikiran kritis
- kerja berkumpulan
- nilan dan etika
- pembelajaran sepanjang hayat
- keusahawanan
Persediaan sebagai pelajar seimbang
Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama:
Akademik
- Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan keatas dianggap cemerlang.
Kokurikulum
- Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
- Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.




