Saturday 10 July 2010

JUALAN UNTUK MITEK

Tarikh dan Lokasi : MINGGU MITEK DI DATARAN SRI BENDAHARA, UiTM JOHOR.

Nama Penganjur : JPK KOLEJ

Tarikh Laporan Disediakan : 15 MEI 2010


LAPORAN EKSEKUTIF

PENGENALAN

~ Menyokong karnival MITEK (memeriahkan lagi suasana).

~ Menimba pengalaman disamping menambah sumber kewangan kami.

~ Mencapai Al-Falah seperti galakan dalam Islam.


LATAR BELAKANG

~ Dijalankan di salah satu gerai yang disediakan oleh penganjur MITEK.

~ Menjual pelbagai jenis buah-buahan, makanan ringan dan air dengan harga yang berpatutan.

~ Bekerjasama dalam menguruskan gerai, iaitu giliran dalam menjaga gerai dan menjaga kebersihan gerai.


HURAIAN PENILAIAN

~ Kami telah menjalankan jualan selama 5 hari dengan jayanya.

~ Jualan kami habis dan mendapat sedikit untung.


PENCAPAIAN AKTIVITI

~ Merapatkan hubungan sesama kami selain mendapat menambah sumber kewangan kami walaupun sedikit kepenatan.


KEMAJUAN DAN MASALAH

~ Menambah pengalaman disamping sumber kewangan KELAB DINAMIS.

~ Waktu jualan yang kadang kala bersangkut dengan kelas serta test.


CADANGAN

~ Mempelbagaikan produk jualan.

~ Mengenakan yuran yang rendah untuk kelab yang menjalankan jualan.


LAPORAN KEWANGAN

~ akan diberitahu kemudian.


PENUTUP

~ Jutaan ucapan terima kasih diucapkan bagi semua yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan jualan ini dengan jayanya.

SYUKRAN JAZILAN..

AGM DINAMIS

Tarikh dan lokasi : 10 Februari 2010 di SL203

Nama penganjur : Kelab Dinamis

Tarikh laporan disediakan: 13 Februari 2010


Laporan Eksekutif

1.0 Pengenalan

~ Memperkenalkan Dinamis kepada ahli-ahli baru

~ Merapatkan ukhuwah bersama sahabat-sahabat dinamis

~ Memberitahu program-program yang akan dijalankan sepanjang semester tersebut


2.0 Latar Belakang

~ Aktiviti ini dijalankan pada 10 Februari di SL203

~ Seramai 30 orang ahli baru dan lama yang hadir dalam aktiviti tersebut

~ Matlamat kami ialah untuk memperkenalkan Dinamis kepada ahli-ahli baru dan juga untuk menarik minat mereka mengikuti segala aktiviti yang dianjurkan Dinamis


3.0 Huraian Penilaian

~ kesemua ahli menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti yang kami perkenalkan


4.0 Pencapaian Aktiviti

~ Dapat menambah bilangan ahli-ahli Dinamis


5.0 Kemajuan / Masalah

~ Dapat menyampaikan maklumat yang jelas tentang Dinamis kepada ahli-ahli yang hadir


6.0 Cadangan

~ Melakukan pelbagai aktiviti yang menarik ketika AGM dilaksanakan


7.0 Penutup

~ Jutaan terima kasih kepada exco-exco yang terlibat dalam menjayakan program AGM ini



Saturday 27 March 2010

Persediaan bergelar mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar.
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialisasi dalam kampus.
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris.
  • Mesti mempersiapkan diri lima tahun akan datang bermula dari semester pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
  • bersikap holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani,emosi,rohani,dan intelectual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk dibilik kuliah sebaliknya libatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading.


Apa yang perlu pelajar tahu ketika melangkah ke menara gading

  • matlamat yang jelas
  • cemerlang akademik
  • cemerlang sahsiah
  • cemerlang keterampilan diri
  • komunikasi
  • kepimpinan
  • pemikiran kritis
  • kerja berkumpulan
  • nilan dan etika
  • pembelajaran sepanjang hayat
  • keusahawanan


Persediaan sebagai pelajar seimbang
Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam dua aspek utama:


Akademik
- Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan keatas dianggap cemerlang.


Kokurikulum
- Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
- Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.