Tuesday 2 August 2011

Tanyalah Ustazah 29 July 2011




Program : Tanyalah Ustazah
Tempat : Surau Si Manja Kini UiTM
Tarikh: 29 July 2011
Masa : 12.30-2.00ptg
Penceramah : Ustazah Norizan
Tajuk: Sempurnakah Solatku
Kehadiran: 40 orang siswi

Laporan
Pada 27 Julai 2011 telah berlangsung program 'Tanyalah Ustazah' anjuran Kelab Dinamis UiTM Segamat Johor. Program yang melibatkan soal jawab antara siswi-siswi UiTM Segamat bersama penceramah Ustazah Norizan telah membincangkan permasalahan tentang kesempurnaan solat bagi seseorang individu. Program 'Tanyalah Ustazah' kini telah mendapat sambutan hangat dari pelajar-pelajar dari segi peningkatan kehadiran dari satu sesi ke satu sesi. Pelajar-pelajar kini telah mula melihat manfaat dan kepentingan ilmu dari program yang kami anjurkan ini. Kami berharap program ini dapat memberikan impak yang besar kepada para pelajar bagi memperbaiki kelemahan diri yang nyata mahupun tidak nyata. Kehadiran lebih ramai siswi UiTM Segamat amat digalakkan.

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"~Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Sekian Terima Kasih
s/u Dinamis (Ira)

Friday 22 July 2011

Kembara Meniti Cahaya


Program: Trip to Penang
Tarikh: 24-26 June 2011
Kehadiran : 35 Orang ahli Kelab Dinamis UiTM Johor
Pengiring : Ustaz Adam
Pengangkutan: Bas UiTM Segamat Johor bersama 2 orang pemandu

Program anjuran Kelab Dinamis ini merupakan lawatan sambil belajar ke tempat- tempat di sekitar Pulau Pinang. Antara tempat-tempat yang sempat kami kunjungi adalah seperti Masjid Terapung Penang, Taman Rama-Rama, Ekspo Durian Balik Pulau dan meneroka keindahan Georgetown. Sepanjang perjalanan kami kesana tiada sebarang masalah yang timbul. Semasa di Pulau Pinang kami telah mengadakan solat jamak zohor dan asar berjemaah. Maklum balas yang kami terima dari pelajar-pelajar menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dengan lawatan ini dan berharap ia dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang. Selain itu mereka memohon supaya tempoh perjalanan sesebuah rombongan dapat dipanjangkan tempohnya. Segala maklum balas kami terima dengan sebaiknya dan akan cuba memperbaiki kelemahan kami di masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama sepanjang program yang kami jalankan ini terutama kepada Penasihat Kelab Dinamis, pengiring rombongan kami, MPP UiTM Johor, dan pihak Hal Ehwal Pelajar UiTM Johor serta peserta-peserta Kembara Meniti Cahaya.




Friday 15 July 2011

AGM Dinamis sesi Jun-Oct 2011

Tarikh : 23 Jun 2011
Masa : 9-10.30 mlm
Tempat : Sl 219

Aturcara majlis
9.00mlm : Kehadiran para pelajar dan penasihat Dinamis Ust Nazrudin
9.10mlm : Bacaan doa oleh exco kerohanian
9.20mlm : Ucapan dari YDP Dinamis (Syamsul Ridhwan)
9.30mlm : Ucapan Penasihat Dinamis Ust Nazrudin Hashim
9.40mlm : Tayangan Slide show
9.45mlm : Jamuan ringan exco bersama penasihat
9.50mlm : Penerangan aktiviti 'Kembara Meniti Cahaya' bersama peserta
10.00mlm : bersurai dan pemberian cop kepada ahli-ahli

Kehadiran ahli pada malam tersebut adalah seramai 163 orang. Pendaftaran exco baru juga telah dijalankan. Semua exco-exco Dinamis telah terlibat pada malam tersebut.


Friday 24 June 2011

UniFest


Alhamdulillah pada 8 Jun 2011 telah berlangsung Universiti Festival di UiTM Segamat Johor, dimana telah menghimpunkan kelab & persatuan di UiTM Johor untuk mempromosikan kelab & persatuan mereka. Kelab Dinamis juga tidak ketinggalan dalam mengikuti aktiviti tersebut. Walaupun terdapat ramai persaingan kelab-kelab di UiTM Segamat ini, kelab Dinamis sedikit pun tidak gentar untuk terus mempromosikan kelab kami. Sepanjang festival berlangsung Kelab Dinamis tidak berhenti-henti untuk mengajak siswa siswi UiTM johor untuk menyertai kami bagi mengimarahkan kehidupan islam dikalangan pelajar pelajar universiti. Seramai lebih 300 orang pelajar telah mendaftar di booth kami disamping mereka mencuba permainan yang telah kami sediakan. Walaupun Dinamis bukanlah kelab yang gah di sini tetapi para exco kami mencuba memberikan yang terbaik buat siswa siswi Islam UiTM johor.. Alhamdulillah...

Sunday 27 February 2011

Tanyalah Ustazah!!!!


Pada 25/Feb/2011 yg lepas Kelab Dinamis telah mengadakan satu program 'Tanyalah Ustazah' yang bertempat di Surau SMK UiTM Johor, pada pukul 12.30 hari- 2.00 petang. Aktiviti ini dianjurkan bagi membantu para pelajar untuk mendalami hal ehwal agama islam dengan bertanyakan sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan Fekah, aqidah atau apa-apa sahaja yang berkaitan tentang islam. Penceramah undangan bagi sesi pertama Tanyalah Ustazah ialah Ustazah norizan. Program yang diadakan selama 1 jam setengah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar kolej tetapi juga terdapat segelintir pelajar NR yang mengikuti program tersebut.

Intipati yang disampaikan dalam ceramah tersebut ialah:-

'Asas Perhubungan manusia sesama manusia'

1) Memberi Salam

> Apabila bertemu dengan saudara kita (saudara seagama) haruslah kita bertegur sapa dan mengucapkan salam kerana salam adalah doa yang dapat mengeratkan tali silaturrahim kita sesame manusia.

>Dalam Surah An Nisa’ ayat 86 “Apabila kamu member salam hendaklah dengan cara yang baik”.

2) Wujudkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain

>Kasih sayang dan kemesraan yang dipamerkan itu haruslah berpada-pada, dan tidak melebihi batas serta tidak menimbulkan syak wasangka.

3) Tidak menyakiti saudaranya dengan percakapan mahupun perbuatan

>Sentiasa berprasangka baik dan berfikiran positif

>Tidak mengumpat atau mengambil hak orang lain

4) Tunjukkan sikap manis muka, gembira dan berlemah lembut

>Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah

5) Merendah diri

>Tidak bersikap sombong dan bangga diri

>“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong sekalipun hanya sebesar debu.” Seorang sahabat bertanya, “Sesungguhnya ada seeorang yang suka pakaian dan kasutnya yang cantik.” Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya ALLAH SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu menolak yang hak dan menghina orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]

6) Memenuhi janji

>Jika berjanji wajib menepati janji tersebut selagi tidak bertentangan dengan syarak.

7) Melapangkan kesusahan saudara kita

>Selalu meringankan tulang untuk saling bantu membantu antara satu sama lain


>"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan

kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

8) Tutup aib saudara kita

>Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda, msudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya d akhirat."

9) Menjaga kehormatan saudara kita

>Tidak menjatuhkan maruah saudara kita dikhalayak ramai

10) Tidak berhasad dengki

>Ditegah untuk memutuskan tali persaudaraan

>Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari, ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

>Permusuhan akan meruntuhkanpersaudraan umat islam dan akan berlaku perpecahan



Setelah selesai ceramah yang diberikan semua pelajar telah solat zohor berjemaah. Kupon dan makanan juga diberikan. Program ini akan dianjurkan lagi pada 25 March 2011, Insyaallah...
Dan anda semua adalah dijemput hadir...

Saturday 19 February 2011

Kami maSeh diSiNi

Assalamualaikum...
Ahlan wa sahlan ya marhaban bikum..

Wah, lame rase nyer da x update blog nie dinamis nie. Erm mesti anda tertanya-tanya masih wujud kah Dinamis UiTM nie. Ha!! ape2 pun kami disini masih lagi aktif sebagai salah satu kelab islamik di UiTM Segamat nie.

Baru2 nie Kelab Dinamis telah mengadakan AGM Dinamis pada 25 Jan 2011 yang lepas bertempat di SL 004. Pada malam tersebut Kelab Dinamis telah mendapat sambutan hangat dari student2 UiTM dengan pendaftaran ahli2 baru Dinamis yang melebihi 40 orang ahli. Ini telah manaikkan semula semangat exco2 Dinamis yang merasakan kelab ini kian berkubur dibawah kepimpinan mereka. Ah tidak sama sekali, sesungguhnya ia tidak mematahkan semangat kami & kami akan bangkit untuk menaikkan semula nama Kelab Dinamis sebagai salah satu kelab kerohanian terunggul di UiTM Segamat.

Pada semesta ini Kelab Dinamis telah merancang beberapa aktiviti bagi memperkenalkan semula Kelab ini kepada student2 di UiTM Segamat nie. Antara aktiviti yang telah kami rancang ialah Kem Belia Addin, Sesi soal jawab agama bersama ustazah, Mitex dan jualan makanan dari kolej ke kolej. Tetapi kami hanya merancang hanya Allah yang menentukan berjaya atau tidak apa yang rancangkan ini. Kami juga telah membuat beberapa pemilihan ahli-ahli baru bagi menjadi pelapis kami dimasa akan datang.

Walau bagaimanapun sejak beberapa semesta kebelakangn ini, kami byk menerima maklum balas dari warga UiTM. Antara soalan yang diajukan kepada kami ialah:-

'Kelab Dinamis nie kelab aper erk?'
'Dinamis ni kelab wanita di UiTM yer?'
'Kelab Dinamis ini baru ditubuhkan ker?'

Hai bermacam-macam perasaan yang kami rasai pada masa tersebut.
Sebenar Kelab Dinamis ini merupakan sebuah Kelab yang berunsurkan kerohaniaan. Perkataan Dinamis lahir dari gabungan 'Dinamika Mahasiswa Islam'. Kelab kami ingin menjadikan islam sebagai asas hidup pelajar2 UiTM. Kelab ini juga telah lama ditubuhkan dan pernah menjadi kelab yang paling banyak mendapat sambutan dari pelajar2 UiTM pada masa tersebut. Kami pernah menganjurkan program Malam alunan nasyid bersama kump Nowseeheart, senior2 UiTM mesti ingat kot. Kelab ini juga bukanlah kelab gabungan pelajar2 perempuan sahaja. Dinamis juga mempunyai wakil pelajar lelaki dalam organisasi tertinggi kelab ini. Seperti yang anda maklum Presiden kelab kami juga adalah lelaki yer.

Baiklah sampai disini sajer coretan sayer pada kali ini. Jgn lupe sertai aktiviti yang kami anjurkan.Moga berjumpa lagi, maa salamah.
Jgn lupe renung2kan aper yg coretkan pada hari ini dan selamat beramal...

Saturday 10 July 2010

JUALAN UNTUK MITEK

Tarikh dan Lokasi : MINGGU MITEK DI DATARAN SRI BENDAHARA, UiTM JOHOR.

Nama Penganjur : JPK KOLEJ

Tarikh Laporan Disediakan : 15 MEI 2010


LAPORAN EKSEKUTIF

PENGENALAN

~ Menyokong karnival MITEK (memeriahkan lagi suasana).

~ Menimba pengalaman disamping menambah sumber kewangan kami.

~ Mencapai Al-Falah seperti galakan dalam Islam.


LATAR BELAKANG

~ Dijalankan di salah satu gerai yang disediakan oleh penganjur MITEK.

~ Menjual pelbagai jenis buah-buahan, makanan ringan dan air dengan harga yang berpatutan.

~ Bekerjasama dalam menguruskan gerai, iaitu giliran dalam menjaga gerai dan menjaga kebersihan gerai.


HURAIAN PENILAIAN

~ Kami telah menjalankan jualan selama 5 hari dengan jayanya.

~ Jualan kami habis dan mendapat sedikit untung.


PENCAPAIAN AKTIVITI

~ Merapatkan hubungan sesama kami selain mendapat menambah sumber kewangan kami walaupun sedikit kepenatan.


KEMAJUAN DAN MASALAH

~ Menambah pengalaman disamping sumber kewangan KELAB DINAMIS.

~ Waktu jualan yang kadang kala bersangkut dengan kelas serta test.


CADANGAN

~ Mempelbagaikan produk jualan.

~ Mengenakan yuran yang rendah untuk kelab yang menjalankan jualan.


LAPORAN KEWANGAN

~ akan diberitahu kemudian.


PENUTUP

~ Jutaan ucapan terima kasih diucapkan bagi semua yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan jualan ini dengan jayanya.

SYUKRAN JAZILAN..