Sunday 27 February 2011

Tanyalah Ustazah!!!!


Pada 25/Feb/2011 yg lepas Kelab Dinamis telah mengadakan satu program 'Tanyalah Ustazah' yang bertempat di Surau SMK UiTM Johor, pada pukul 12.30 hari- 2.00 petang. Aktiviti ini dianjurkan bagi membantu para pelajar untuk mendalami hal ehwal agama islam dengan bertanyakan sebarang soalan atau kemusykilan berkaitan Fekah, aqidah atau apa-apa sahaja yang berkaitan tentang islam. Penceramah undangan bagi sesi pertama Tanyalah Ustazah ialah Ustazah norizan. Program yang diadakan selama 1 jam setengah ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelajar kolej tetapi juga terdapat segelintir pelajar NR yang mengikuti program tersebut.

Intipati yang disampaikan dalam ceramah tersebut ialah:-

'Asas Perhubungan manusia sesama manusia'

1) Memberi Salam

> Apabila bertemu dengan saudara kita (saudara seagama) haruslah kita bertegur sapa dan mengucapkan salam kerana salam adalah doa yang dapat mengeratkan tali silaturrahim kita sesame manusia.

>Dalam Surah An Nisa’ ayat 86 “Apabila kamu member salam hendaklah dengan cara yang baik”.

2) Wujudkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain

>Kasih sayang dan kemesraan yang dipamerkan itu haruslah berpada-pada, dan tidak melebihi batas serta tidak menimbulkan syak wasangka.

3) Tidak menyakiti saudaranya dengan percakapan mahupun perbuatan

>Sentiasa berprasangka baik dan berfikiran positif

>Tidak mengumpat atau mengambil hak orang lain

4) Tunjukkan sikap manis muka, gembira dan berlemah lembut

>Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah

5) Merendah diri

>Tidak bersikap sombong dan bangga diri

>“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong sekalipun hanya sebesar debu.” Seorang sahabat bertanya, “Sesungguhnya ada seeorang yang suka pakaian dan kasutnya yang cantik.” Kemudian baginda bersabda lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya ALLAH SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu menolak yang hak dan menghina orang lain.” [Hadith Riwayat Muslim]

6) Memenuhi janji

>Jika berjanji wajib menepati janji tersebut selagi tidak bertentangan dengan syarak.

7) Melapangkan kesusahan saudara kita

>Selalu meringankan tulang untuk saling bantu membantu antara satu sama lain


>"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan

kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

8) Tutup aib saudara kita

>Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda, msudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya d akhirat."

9) Menjaga kehormatan saudara kita

>Tidak menjatuhkan maruah saudara kita dikhalayak ramai

10) Tidak berhasad dengki

>Ditegah untuk memutuskan tali persaudaraan

>Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari, ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

>Permusuhan akan meruntuhkanpersaudraan umat islam dan akan berlaku perpecahan



Setelah selesai ceramah yang diberikan semua pelajar telah solat zohor berjemaah. Kupon dan makanan juga diberikan. Program ini akan dianjurkan lagi pada 25 March 2011, Insyaallah...
Dan anda semua adalah dijemput hadir...

No comments:

Post a Comment